Rabu, 11 Ogos 2010

Kelebihan Istighfar

Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis
sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 kali sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat Ham dan Hazan. Sifat Ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat Hazan bererti berdukacita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan