Rabu, 11 Ogos 2010

Kelebihan Al-Quran

Hazrat ‘Abdul Rahman bin ‘Auf R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Tiga perkara akan berada di bawah naungan ‘Arasy ALLAH TAALA pada hari kiamat.
Pertama, Al-Quran. Al-Quran akan berhujah dengan manusia dan al-Quran ini mempunyai zahir dan batin.
Kedua, Amanah.
Ketiga, Tali persaudaraan (silatur-rahim) yang akan mengisytiharkan, “ketahuhilah, sesiapa yang menghubungkan daku maka ALLAH TAALA akan menghubungkannya (dengan rahmatNYA), sesiapa yang memutuskan daku maka ALLAH TAALA akan memutuskannya (daripada rahmatnya).”
(Hadith diriwayatkan dalam kitab Sharhussunnah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan