Sabtu, 12 Disember 2009

CPAP MESIN (alat oksigen)

Salam untuk semua pengunjung blog ini. Pada 9/12/2009 - hari Rabu, ana dapat panggilan dari UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN HOSPITAL KULIM, yang mana ana telah berjaya mendapat bantuan berupa sebuah mesin oksigen (CPAP). Harganya RM4850.00. Tapi ana hanya bayar RM1000.00 shj. Alat ini digunakan pada masa nak tidur shj. Tujuannya untuk tambahkan oksigen dalam tubuh badan kita. Setelah membuat ujian SLEEP STUDY di hospital, Doktor mengatakan nafas ana terhenti lebih kurang 3 minit. Takut jugak. Mujurlah tak berhenti terus. Masih panjang umur lagi.... Kesannya apabila bangun dari tidur, ana masih lemah lagi. Rasa nak tidur lagi. Sebab tu lah Doktor syorkan pakai alat ini. Sekarang ni alhamdulillah bangun pun senang tak letih lagi.

Selasa, 8 Disember 2009

KELAS BARU

Pada 7/12/2009 adalah hari permulaan ana buka kelas baru. sebelum ni, ana tumpang kelas Ustaz lain. Sekarang dah ada kelas sendiri, kenalah kuatkan semangat. 6 orang pelajar dari kelas Nazirah telah berjaya masuk ke kelas Tahfiz. Dan mereka adalah tanggungjawab ana untuk jadikan mereka seorang Hafiz. Doakan untuk ana semoga Allah permudahkan segala urusan ana...