Jumaat, 29 Mei 2009

Rahsia Solat Awal Waktu

Tiap-tiap hari berazam nak solat awal, tapi…………………lewat jugakkkkk………………Astagfirullahhalazimmmm….. Allahuakbar.

Apa laa nak jadik dengan aku ni…..huk huk huk

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya …

Mengapa Doa Tidak Makbul

Agama Islam menyuruh penganutnya supaya selalu bermohon kepada Allah swt. Setiap doa yang terbit dari hati yang tulus ikhlas akan diperkenankan oleh Allah Yang Maha Pemurah.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamutentang aku (Allah) maka (jawablah) bahawa aku ini hampir. Aku memperkenankan doa orang yang memohon apabila dia (sungguh-sungguh) bermohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, semoga mereka selalu mendapat panduan yang baik .

Ramai manusia mengeluh bahawa doanya masih belum diperkenankan Tuhan. Setiap pagi dan malam dia menadahkan tangan bermohon kepada Allah tetapi apa yang dimintanya tidak kunjung tiba.

Timbul pertanyaan di dalam hatinya : Kenapakah permohonannya itu masih belum dikabulkan Tuhan? Jarang orang yang berusaha untuk melakukan penelitian apakah sebab-sebabnya.

Pada hakikatnya sebab-sebabnya itu banyak terletak pada diri si pemohon itu sendiri. Kerana salah satu syarat yang penting untuk mendapat pengkabulan doa dari Ilahi haruslah doa itu disertai denagn hati yang khusyuk, bukan berdoa hanya di mulut sahaja. Tidak ada ertinya mulut yang kumat kamit sehingga kering tekak tetapi hati menerawang ke alam lain, jiwa tidak khusyuk mengadap Ilahi.

Dalam salah satu hadis dijelaskan bagaimana sifat dan bentuk doa yang diperkenankan Allah.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : Apabila kamu meminta kepada Allah bermohonlah dalam keadaan kamu yakin sepenuhnya akan dikabulkan Tuhan. Allah tidak memperkenankan doa seorang hamba yang hatinya lalai.

Dari hadis tersebut, ditegaskan oleh Rasulullah saw supaya setiap orang yang berdoa harus yakin bahawa doanya akan diperkenankan Tuhan sama ada segera atau lambat. Yakin itu akan timbul apabila seluruh jiwa dan raga dipusatkan mengadap Ilahi.

Salah seorang ulama sufi yang terkemuka iaitu Ibrahim Bin Adham yang hidup pada abad kelapan, pernah memberikan huraian tentang sebab-sebab doa seseorang tidak diperkenankan Tuhan. Tatkala berkunjung ke Basrah, beliau menerima pertanyaan dari sebahagian penduduk : Kenapakah nasib kami masih belum berubah, paa hal kami selalu berdoa, sedangkan Allah menjanjikan dalam al-Quran akan memperkenankan doa setiap orang yang bermohon? Ibrahim Bin Adham memberikan jawapan bahawa sebab-sebabnya ada 10 macam, iaitu:

Yang pertama : Kamu tidak menunaikan hak-hak Allah. Kamu kenal Allah tetapi tidak memenuhi hak-haknya. Hak Allah swt yang paling utama ialah untuk disembah. Setiap orang wajib mensyukuri nikmat yang dilimpahkan Allah kepadanya dengan jalan menyembahnya dengan sebenar-benar erti ibadah.Bagaimanakah Tuhan akan memperkenankan doa seseorang hamba kalau Tuhan mengatakan supaya dia berjalan ke kanan tapi masih ditempuhnya jalan ke kiri.

Kedua : Kamu tidak mengamalkan isi al-Quran. Kamu senantiasa membaca al-Quran tapi tidak kamu amalkan isi-isinya. Kitab Suci al-Quran senantiasa dibaca, dilagukan dengan bermacam-macam lagu tetapi isinya tidak dipelajari dan dihayati. Kalau pun ada satu dua ayat yang dapat difahamkan tidak pula diamalkan bahkan kadang-kadang sengaja dilanggar.

Ketiga : Kamu tidak mengamalkan sunnah Rasulullah saw. Kamu selalu mendakwa cinta kepada Rasulullah saw tapi kamu tinggalkan sunnahnya. Rasulullah saw menunjukkan jalan yang lurus tapi tidak sedikit manusia yang memilih jalan yang bengkok. Kadang-kadang ada juga yang katanya mengikuti Sunnah Rasul tapi apa yang dikerjakannya itu bertentangan dengan apa yang dilakukan atau digariskan oleh Rasulullah saw, masih lagi mengikuti perkara-erkara khurafat yang bukan dari al-Quran atau as-Sunnah yang sahih.

Keempat : Kamu patuh kepada syaitan. Kamu sentiasa menyatakan bermusuh dengan syaitan tapi kamu patuhi dia. Syaitan itu adalah musuh manusia yang selalu berusaha menjatuhkan anak Adam ke lembah kehinaan dengan jalan mempengarohi nafsu manusia yang jelik. Dalam pergaulan hidup sehari-hari kebanyakkan manusia berlutut kepada syaitan dengan memperturutkan hawa nafsu yang buruk. Seharusnya manusialah yang menguasai nafsunya dan dengan sikapnya itu dia akan berjaya mengalahkan godaan syaitan.

Kelima : Kamu menerjunkan diri sendiri ke jurang kebinasaan. Kamu selalu berdoa supaya terhindar dari api neraka tapi kamu limparkan dirimu sendiri ke dalamnya. Iaitu kebanyakkan manusia ingin memasuki pintu keahgiaan tapi sebaliknya dia sendiri seolah-olah mengunci pintu itu. Dia tidak mahu mengerjakan kebajikan tapi selalu bergelumang dengan perbuatan dosa dan maksiat.

Keenam : Ingin masuk Syurga tapi tidak beramal. Iaitu kamu berdoa untuk masuk Syurga tapi kamu sendiri tidak beramal untuknya.

Ketujuh : Sedar akan mati tapi tidak bersiap-siap untuk menghadapinya. Kamu mengatakan bahawa kematian itu pasti datang tapi tidak pula mempersiapkan diri menghadapinya. Kamu mengakui dan insaf bahawa hidup di dunia ini hanya sementara sahaja sedangkan hidup yang abadi ialah di akhirat kelak, namun demikian kamu tidak mengerjakan amal saleh yang akan menjadi anak kunci membuka pintu kehidupan yang abadi itu.

Kelapan : Kamu melihat cacat orang lain, cacat sendiri tidak nampak. Kamu sibuk memikirkan dan mengurus aib saudara-sudaramu, tapi kamu tidak melihat aib kamu sendiri . Orang yang demikian selalu menuding jari kepada orang lain tapi amat jarang menghadapkan telunjuknya ke dadanya sendiri.

Kesembilan : Kamu mengecap nikmat tetapi tidak bersyukur. Kamu makan nikmat Ilahi tapi kamu tidak bersyukur atas kurnia itu. Sejak kecil manusia menikmati nikmat Ilahi dan beratus-ratus kurniaan yang lainnya tapi tidak berterima kasih, malah kadang-kadang membangkang menunjukkan sikap bongkak dan lupa daratan.

Kesepuluh : Kamu menguburkan jenazah tapi tidak menginsafkan diri. Kamu turut menguburkan orang yang mati tapi kamu sendiri tidak mengambil iktibar dari peristiwa itu. Iaitu kalau ada orang yang meninggal dunia kamu selalu tidak ketnggalan turut menghantar jenazah itu sampai ke kubur, tapi malang sekali jarang kamu mengambil pelajaran dari kejadian itu, bahawa apabila hari ini kita turut menghantar orang ke kubur, mungkin esok lusa kita sendiri akan dihantar orang.

Demikianlah sepuluh sebab doa seseorang tidak diperkenankan Allah menurut butir-butir hikmah Ibrahim bin Adham. Ini seharusnya mengetuk pintu hati setiap mukmin untuk membuat penilaian dan mengenal diri sendiri. Moga-moga Allah menjadikan kita orang-orang mukmin yang melaksanakan kewajipan-kewajipan kita dengan ikhlas dan yakin.

Fikir-fikirkanlah....

Para pembaca sekalian….

Kita hidup di dunia ini ibarat seperti 3 golongan yg membuat kenduri kendara. Sebelum kenduri dimulakan mereka tentu akan menempah segala kelengkapan seperti khemah, kerusi meja, pinggan mangkuk dan lain-lain lagi kepada si pembekal barang tersebut.

Golongan pertama - setelah selesai kenduri mereka memulangkan barang-barang tersebut seperti pingan mangkuk dalam keadaan kotor dan pecah pulak. Apa yg terjadi ialah si pembekal tadi akan marah. Lagi pulak barang tersebut dah kotor pecah pulak tu. Nak cuci pun dah tak boleh. Maka barang itu pun di buang dalam tong sampah. Begitu juga dengan orang Kafir, mereka pulang dalam keadaan tidak membawa IMAN walaupun sebesar zarah lalu Allah swt murka kepada mereka dan mereka terus di campakkan ke dalam Neraka Allah.

Golongan ke dua – setelah selesai mereka memulangkan barang tersebut seperti pinggan mangkuk dalam keadaan kotor. Apabial sampai kepada tuannya, tuannya akan marah jugak. Lalu pinggan mangkuk itu akan direndam dan di cuci sehingga bersih. Setelah bersih barulah di simpan ke tempat asalnya. Begitu juga dengan kita, apabila kita pulang dalam keadaan Iman yg sangat lemah maka Allah swt akan marah dan kita akan di rendam di dalam Neraka Allah dan setelah barulah kita akan di masukkan ke dalam Syurga Allah dengan keberkatan Laa Ilaaha Illallaah.

Golongan ke tiga pulak – setelah selesai mereka akan memulangkan barang tersebut dalam keadaan seperti yg mereka ambil. Langsung tidak ada yg rosak maka tuannya akan rasa gembira lalu barang itu akan di simpan semula ke tempat asalnya. Begitu juga dengan orang yg beriman kepada Allah, mereka pulang dalam keadaan Iman yg sempurna lalu Allah swt akan gembira dan mereka akan di masukkan ke dalam Syurga Allah.

Maka untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Kita perlulah mengikut para-para sahabat. Merka di dunia lagi telah mendapat redha Allah. Jadi, apakah sifat-sifat yang mereka telah amalkan? Ulamak telah membuat kajian, para sahabat telah beramal dengan 6 sifat iaitu :-

1) Yakin atas kalimah Laa ilaaha illallah Muhammadur Rasuulullah.

2) Solat Khusyu’ dan Tawadhu’ .

3) Ilmu dan Zikir.

4) Ikram Muslimin.

5) Ikhlas Niat.

6) Berkorban di Jalan Allah untuk menegakkan Agama Allah.

Jumaat, 22 Mei 2009

Cara Praktis Menghafal Al-Quran Cara Praktis Menghafal Al-Quran azizuladin Cara Praktis Menghafal Al-Quran
Masuk Surga Tanpa Hisab Tanpa Siksa - Edy Ramdan Masuk Surga Tanpa Hisab Tanpa Siksa - Edy Ramdan Edy Ramdan Golongan yang Masuk Surga Tanpa Hisab Tanpa Siksa - Edy Ramdan
Shalat Dhuha Shalat Dhuha antrie Sunat Dhuha adalah salah satu shalat sunat yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka adalah kebaikan bagi kita untuk mengetahui sunnah ini.

KELEBIHAN AL QURAN

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

AL QURAN SEBAGAI PENYEMBUH

MUKADDIMAH:

Firman Allah SWT yang bermaksudnya: " Dan Kami turunkan dari AlQuran itu sesuatu yang menjadi

penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Al-Israa :82)

Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, yang berkuasa menyakitkan
atau menurunkan penyakit sebagai ujian terhadap tahap keimanan manusia ataupun sebagai
'Bala' balasan kepada mereka yang melanggar batas-batas ketentuanNya. Maha Adil Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani sekelian makhluk ciptaannya, yang menyediakan
ubat dan penawar terhadap segala penyakit yang menimpa makhluk ciptaanNya itu. Maha
Penyayang Allah yang bukan sahaja menyediakan penawar dan ubat kepada segala jenis
penyakit, bahkan memberikan pertunjuk yang jelas jalan mana yang harus dilalui sekelian
makhluk demi menjamin kesejahteraan dan kebahgiaan mereka, disamping pertunjuk yang
jelas jalan mana yang wajib ditinggalkan demi mengelak, menghindar, mencegah dan
menjauhkan mereka dari terjerumus ke arah kebinasaan.

Bahkan kasih sayang Allah itu melebihi kasih sayang makhluk terhadap sesama makhluk,
bahkan melampaui kecintaan dan kasih sayang makhluk kepadaNya. Ini terbukti dengan
pengutusan para Rasul dan Nabi yang ditugaskan untuk membimbing manusia supaya hanya
berjalan di atas jalan yang lurus. Kasih sayang Allah itu terbukti bila Allah menyuruh para
Rasul untuk menyampaikan berita "khabar gembira"(berupa pahala, kebaikan, kebajikan dan
balasan syurga) kepada mereka yang mengikut jalan yang lurus, serta berita "peringatan,
amaran dan ancaman"(berupa dosa, keburukan, kesengsaraan dan seksaan azab api neraka)
kepada mereka yang terpesong atau tergelincir dari jalan yang lurus.

Balasan baik yang dijanjikan kepada mereka yang (bersyukur) mengikut pertunjuk Allah
SWT bukan sahaja bakal dinikmati di syurga setelah kiamat berlaku dan selesainya hisab
nanti, bahkan nikmat-nikmat tersebut dapat dikecapi oleh mereka ini semasa mereka hidup di
dunia ini dengan limpahan rezkei halal yang mewah, anak-pinak yang 'soleh' sejuk mata
memandang dan berbagai-bagai nikmat lagi. Demikian juga (sebaliknya) dengan balasan yang
dijanjikan kepada mereka yang (ingkar) enggan mengikut pertunjuk Allah SWT. Semua ini
membuktikan bahawa Allah SWT itu Maha Pengasih, Maha Penyayang seterusnya bersifat
dengan setinggi-tinggi sifat keagongan dan kemuliaan. Ini juga membuktikan bahawa Allah
SWT itu Maha Adil, sekali-kali tidak menzalimi sekelian 'alam', melainkan makhlukNya itu
sendirilah yang menginaya atau menzalimi diri mereka sendiri.

DEFINISI PENYAKIT

Penyakit adalah suatu yang mendatangkan 'masalah' pada jasmani, rohani dan mental..
Masalah yang dimaksudkan berkait-rapat dengan perasaan, naluri dan keseimbangan antara
jasmani, rohani dan mental. Jasad yang berpanyakit samada bahagian luaran mahupun
bahagian dalaman berkait-rapat dengan permakanan. Manakala rohani yang sakit ada kaitan
dengan masalah pengisian jiwa dengan maklumat, ilmu dan perkara-perkara yang berhubung
dengan kesihatan hati atau "qalb". Sedangkan mental yang berpenyakit berpunca dari tekanan
perasaan yang tinggi samada dari pengaruh luaran mahupun pengaruh yang bersifat dalaman.


AL-QURAN DAN PENGUBATAN

Secara kasar Al-Quran memberi panduan asas yang berguna dalam menghadapi dan
mengubati berbagai jenis penyakit. Al-Quran lebih mementingkan pencegahan datangnya
penyakit berbanding dengan cara merawat dan menyembuhkan penyakit. Penekanan
terhadap pencegahan ini ada kaitan dengan pelaksanaan perkara-perkara yang wajib,
samada yang terkandung dalam "Rukun Islam" yang lima itu mahupun yang terdapat dalam
"Rukun Iman" yang enam itu. Disamping itu ketentuan hukum yang digariskan oleh ajaran atau
hukum Islam yang "sembilan" iaitu, halal, haram, wajib, sunat, makruh, mubah, harus,
demikian juga hukum sah dan batal kepada syariat Islam itu sendiri, adalah sebagai
"guideline" yang dijadikan perisai dan pencegahan dari timbulnya berbagai penyakit.

Maknanya, sejauh mana manusia itu dapat melaksanakan segala perintahNya dan
meninggalkan segala laranganNya, maka sejauh itu pula seseorang itu akan terhindar dari
sebarang penyakit, tak kira penyakit jasmani, rohani mahupun mental (jiwa). Melaksanakan
perintah Allah SWT dengan mengikut segala rukun dan syaratnya bukan sahaja bakal diberi
ganjaran pahala oleh Allah SWT dan akan dimasukkan ke dalam syurga di akhirat nanti,
bahkan mereka yang melaksanakannya dengan ikhlas akan dipelihara oleh Allah SWT dari
sebarang penyakit, khasnya penyakit yang dianggap kronik, sebagai rahmat dari Allah SWT
terhadap mereka yang taat kepada perintahNya.

Sebagai contoh dalam melaksanakan suruhan Allah SWT: Seperit ibadat "Solah". Orang-
orang yang beriman yang mendirikan solah dipelihara oleh Allah dari perbuatan keji dan
mungkar.

Firman Allah SWT:
Yang bermaksud: "Bahawa senya solah (sembahyang) itu (berupaya) mencegah (yang
mendirikannya) dari melakukan perkara yang keji dan mungkar".

Orang yang solahnya gagal memelihara dirinya dari terjebak dengan perbuatan keji dan
mungkar perlu menyemak solahnya dari segala sudut untuk mempastikan solahnya boleh
diterima di sisi Allah SWT seterusnya solahnya itu dapat menyelamatkan dirinya dari
perbuatan keji dan mungkar yang mengundang berbagai penyakit.

Sebagai contoh dalam menjauhkan diri dari larangan Allah SWT: Seperti perbuatan "Zina".
Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Janganlah kamu mendekati zina bahawa sesungguhnya ia (zina) adalah
kejahatan dan keji perjalanannya".

Oleh kerana penyakit yang bakal diidap dan dideritai oleh mereka yang berzina itu tersangat
pedih, pedih jasmani, rohani dan mentalnya, maka pencegahan yang dianjurkan Al-Quran
bermula dari larangan mendekatinya. Mendekati zina disini bolehlah dianggap bermula dari
main kenyit-kenyit mata atau menggunakan isyarat-isyarat yang dikategorikan sebagai
perbuatan cuba"mengorat". Kalau larangan ini dapat dipatuhi sudah tentu penyakit yang
digelar mukaddimah zina ia itu penyakit "angau" yang disebut juga sebagai "gejala sosial" akan
dapat dielakkan. Kalau dikira, penyakit angau sahaja sudah menyebabkan pengidapnya tak
lalu makan dan tak lena tidur yang boleh mengundang berbagai penyakit, apatah lagi jika
terlanjur lebih jauh dari itu. Kita sering mendengar kisah mereka yang mengidap penyakit
angau ini boleh menyebabkannya sekurang-kurangnya kurus kering kerana makan hati
berulam jantung dan yang paling hebat sampai membunuh diri. Perkara membunuh diri akibat
serangan penyakit angau ini membuktikan bahawa pesakit mengidap sakit mental yang serius.

Contoh larangan yang berkaitan dengan pemeliharaan dan penjagaan kesihatan hati atau
"qalb": Antara yang disenaraikan sebagai penyakit hati yang paling popular ialah: Hasad, riak,
ujub dan takabbur.

Sebagai (satu) contoh sila teliti maksud firman Allah dalam surah Al-
Maa'uun.

Sifat-sifat (penyakit hati) ini bukan sahaja akan menyebabkan pahala yang bakal diperolehi
boleh hangus dan batal kerana hatinya berpenyakit (penyakit rohani) bahkan mereka yang
bersifat dengan sifat-sifat tersebut mengalami berbagai penyakit lain yang ada kaitan dengan
jasmani dan mental apatah lagi rohani.

Apa yang dikatakan sebentar (di atas) tadi, jelas menunjukkan bahawa Al-Quran
mengutamakan agenda "cegah sebelum terjadi/berlaku". Dengan penjelasan serba sedikit
resiko yang bakal ditanggung oleh mereka yang engkar perintah Allah SWT itu, bagaimana
sakit yang harus dirasai di dunia ini, dan di akhirat maka lebih-lebihlah lagi dengan azab yang
pedih, jelas membuktikan peranan Al-Quran dalam menangani segala penyakit adalah
merupakan agenda menyelamatkan umat manusia itu sendiri dari kebinasaan. Kenyataan ini
juga sekaligus menyanggah pendapat "cegah sebelum parah" yang terbukti memberikan
kelonggaran kepada pelaku untuk bukan sahaja mendekati zina bahkan mencuba zina itu
sendiri, dengan mengesyorkan penggunaan kondom dan sebagainya.

AL-QURAN SEBAGAI PENYEMBUH


Terdapat banyak hadis Nabi yang menyebutkan akan kelebihan ayat-ayat atau surah-surah
tertentu yang kalau dibaca, diamal atau ditiupkan sebagai "Jampi" kepada mereka yang
mengidap penyakit tertentu akan dapat menyembuhkannya dengan izin Allah SWT. Islam
juga mengajarkan bahawa segala jenis ubat yang diambil untuk satu-satu penyakit hanyalah
berfungsi sebagai bahan rawatan yang diklasifikasikan sebagai usaha ke arah meringankan
beban derita pesakit, pendek kata bukan sebagai penyembuh. Umat Islam ditanamkan
keyakinan bahawa yang menyembuhkan itu hanya Allah SWT semata-mata, manakala yang
lain dari aneka jenis dan jenama ubat-ubatan hanyalah usaha merawat untuk meringankan
penderitaan yang ditanggung pesakit yang juga tidak akan membawa apa-apa kesan
melainkan dengan izin Allah SWT.

Keterangan lanjut mengenai kaedah dan cara pengobatan cara Islam yang berlandaskan Al-
Quran dan Hadis boleh didapati dari kitab yang berjudul "Tibbun Nabawi" oleh : Dr. Ali
Mu'nis atau yang telah dialih bahasa oleh : M. Thoha Anwar dengan judul : "Pengubatan Cara
Nabi".

PENUTUP

Sesungguhnyalah Al-Quran itu mukjizat yang paling unggul, bahkan keunggulannya bukan
sahaja sebagai pedoman, panduan dan ikutan sekaligus ia tetap releven untuk setiap zaman
dan segenap tempat. Keunggulannya juga diiktiraf oleh seluruh masyarakat dunia yang
berbilang kaum, bangsa dan agama.

Walau bagaimanapun ini semua hanya dapat dinikmati oleh mereka yang bergelar mukmin.
Seperti apa yang dimaksudkan dari firman Allah SWT surah Al-Israa ayat 82, yang
dicatatkan di awal-awal tulisan ini. Maknanya Al-Quran itu hanya akan berfungsi sebagai
penyembuh kepada sebarang penyakit yang diidap oleh orang-orang yang beriman (mukmin)
sebagai rahmat (belas kasihan/kasih sayang) Allah SWT kepada mereka kerana ketaatan
mereka terhadap segala perintah Allah SWT. Ini juga membawa maksud, bahawa manusia
yang berada di bawah taraf mukmin tidak layak menikmatinya. Pendek kata semakin tinggi
tahap kemukminan seseorang itu maka semakin tinggilah pula fungsi Al-Quran sebagai
penyembuh itu kepada dirinya diikuti dengan semakin tingginya rahmat Allah SWT yang akan
diterimanya. Mereka yang hanya setakat bergelar muslim semata-mata dikira tidak layak
menerimanya, apatah lagi yang lebih rendah dari itu.


Jadi kalau diri kita yang mengaku sebagai umat Rasulullah SAW ini merasa tidak dapat
menikmati fungsi Al-Quran sebagai penyembuh terhadap penyakit-penyakit yang kita idap
kini, maknanya tahap keimanan atau kepercayaan kita masih belum sampai ketahap mereka
yang bergelar mukmin. Oleh itu usaha ke arah mencapai martabat atau 'maqam' yang lebih
tinggi seperti mukminin, solehin, syakirin dan muttaqin mestilah sentiasa dipertingkatkan dari
masa kesemasa.

Wallahu a'alaam!

AZHARI(S)
28JULAI2000